Pages

Thursday, November 4, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantikkan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawab pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor meng
arahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda....


Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya


Semoga Syawal yang menjelma menjadi
memory yang terindah untuk kita semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Dari kami sekeluarga:
- Naim - Nadia - Irfan -
(2010)

Tuesday, August 31, 2010

Enfagrow Gift

Akhirnye berjaya jugak aku mengumpul 5/6 buah buku Enfagrow (Discovery & Learn) nih." Adoii..mummy, mau beli susu ka, mau beli buku."..Hehe. Neway..aku pun tak tau la nape aku suke ngn buku nih. Maybe sebab buku ni tak de juai kat POPULAR mahupun di Kinokuniya tapi buku ni de juai kat YAT FONG je (bukan kedai buku ok). Hehe...Yang bagus nye buku ni, bukan la budak2 je boleh belajar..mummy2 & daddy2 pun bleh jugak la mengulit kenangan mase study2 di sekolah rendah dulu. Ok..antara collection yg aku dapat beli:
Yang lagi sebuah, aku tak sempat beli.Ishh2..sebab susu irfan lambat sgt abis la...

So..far aku belom lagi rasmi lagi buku ni kat Irfan. Bukan pe..die tak pandai lagi nk gune kan tool2 yg de kat dalam tu. Balik2..di gigit2 nye buku tu..Dari pada dapat tahan 4/5 tahun, tinggal 4 /5 hari je kan.Nih la buku2 yg aku cite kat atas td:

Ok..yg lain nye buku ni sebab die de 3 "tool" yang kite leh gune:


1. X-ray Eye
2. Giant Eye
3. Power Eye





1. X-Ray Eye

- Yang ni kire macam alat untuk x-ray la. So kite boleh la nampak mende2 yang tersembunyi tu. Contoh cam kat lam gambar tu..nampak tak yg kuning2 tu..Hehe..




2. Giant Eye

- Tool yang ni cam biase la..cam kanta pembesar la.





3. Power Eye

- Tool yang ni kire macam touch light gitu. So..kat canvas depan tu die gelap kan..n kite boleh la main suluh2 kan. Tp..sebenarnye tool tu kertas je.



So..nampak gayenye, sekarang ni mummy die la yang buat revision dulu.Hehe...Nanti ibu kasi irfan plak ye.Hehe

Monday, August 9, 2010

K.A.T.A.K

Oppsss..jeng2!!! Macam tak syok je tajuk entri ni. Tp, bukan pe..juz semenjak 2 menjak ni selalu sgt terserempak ngn "menatang" ni. Aduh..klu je terjumpe ngn "si katak", mule la aku pun nk melompat2 jugak. Penah 1 ketika dulu, de la sejenis katak yang melekat kat dinding tu..( katak pisang) kot, tak tdo malam aku di buatnye. Udah la tu.."si katak" tu melompat punye la tggi..kaki nye panjang.Hah..macam nih la rupe die..si katak tersebut ;

Dulu mase aku kecik2, aku selalu pegi buang katak. Al maklumla, dok kat kg, umah aku selalu masuk katak. Dah aku bising2 tu, mak aku pun tangkap..masuk kat dlm plastik. Then..tugas aku, kayuh basikal, gi buang katak tu jauh2. Tp..sblm buang tu, ikatan getah tu da di bukak la. Melayang2 bile aku campak katak tu. Huhu..Kalau de kat dpm bilik air plak, abis separuh air "kolah" tu aku siram kat katak tu je..soh "si katak" tu keluar. Hihihi...

Lagi 1..klu nk cite pasai katak nih kan. Eja ke depan pun bunyi "KATAK"...klu ke belakang pun bunyi "KATAK".. Dalam peribahasa pun de nama katak iaitu : -"MATI KATAK" ( Entri ini pun di tulis sbb aku terpandang seekor katak yang mati dilenyek tayar kereta). Melepek je.

Dalam cerita "ALI SETAN" pun de cite pasai katak. Bunyi katak ...Ong!!!Ong!!!..Ong!!!...

Lagu komersial kanak2 pun de cite pasai katak.

"Katak oh katak, kenape kau panggil hujan..macamane aku tak panggil..ular nk makan aku..ular nak makan aku.."

Antara lagu katak yang aku selalu nyanyi tok irfan;

"Lompat si katak lompat"

"Lompat lah tinggi- tinggi"

"Cepatlah irfan cepat"

"Cepatla bangun pagi

Aku rase cukupla setakat ni je entri pasai katak ni. Banyak lagi sebenarnye pasai katak ni.Len kali la plak yer..Tata

Wednesday, June 30, 2010

Petua FEAT Pesan OrG Tua-Tua


  • Orang pompuan jangan tinggal lesung batu tak berbasuh lepas memasak kat dapur /sinki. Kononnye, kalau orang tua2 tgk mcm tu..maksudnye perempuan tu basuh **** tak bersih.Hihi..dan die tu pengotor orangnye...Ayokk..( tak leh nk buat menantu la yer .Tp, kalau sekarang pakai blander...camner???Hihi..)
  • Anak dara tak elok menyanyi kat dapur...nanti dapat kahwin ngn lelaki tua.Erm..tp, org sekarang ni mmg cari yang tua2..sebab byk duit.Keh2...So, klu da kawen..leh la berdondang sayang kat dapur tu..( Adoi, nape la kat dapur jugak yang ekau nk menyanyi..pegi la karaoke..ye tak!!Tak pun..masuk Jangan Lupa Lirik..Yeah2..).
  • Kalau tumbuh bisul...letak je taik idong..Urmmm..Orang dulu2 kate, klu bisul nk tumbuh..yang dok baru nk naik tu letak je taik idong..Esok tgk bisul tu kecut.Erm..betul ke ek..so, klu de bisul tumbuh nanti kite try same2..Hihi
  • Kalau sakit mate...Letak je air kencin..Ekkk!!! ishh2..mujarab ke petua dieorang nih. Tp, yang aku pernah buat letak susu ibu la. Aku penah la try letak susu nih mase sakit mata jangkit ngan irfan dulu..mungkin yang tu btoi la kot..Hihi.
  • Kalau nak buat majlis kahwin..baling baju buruk pengantin kat atas bumbung..supaya hujan tak turun.Yg nih aku pelik jugak..ape kene mengena hujan ngn baju pengantin tu??? Tapi..ms aku kawen ari tu, akak aku yg"paling tua" tu ade jugak buat camtu, tp kononnye si pengantin tu tak leh tau. Tp..last2 aku tau jugak sebab da die mintak baju tu kat aku..msti la aku tny nak buat pe...HUhu..(Sampai ari ni aku tak tau la ade la gi ke baju aku kat ats bumbung tu..ase cam nk panjat gi tgk la...Haha...)Tapi..kalau buat kenduri dekat dewan camner..??Hihi..(Oikss..jangan melawan !!!)
  • Anak dara..Jangan duduk atas bendul pintu..Orang tua2 kate, kalau duduk kat atas bendul..nanti orang nk masuk meminang tergalang2 (teragak2). Erm..yang ni aku tak sure, sbb dulu aku ikot jugak pesanan nih,al maklumla..takut tak de org nak masuk meminang..Keh2
  • Orang mengandung, jangan selalu berdiri depan pintu..Orang2 tua2 kate, kalau org peknen ni..nak keluar..kene keluar terus, jangan nk berdiri2 kat pintu tu.Katanye.. nti, bb tu susah nk keluar..( Psssttt..pesan yang nih pun aku ikot jugak ms peknen dulu..tak tau la sejauh mane kebenarannye...Huhu)
  • Dulu masa aku kecik2 ada orang tua2 pesan kalau masuk hutan kena minta tabik kat sape tok nenek..entahlah bunyinya lebih kureng camni "tok-tok minta tumpang,anak cucu nak buang air(dalam hati je).Pesan orang tua2 lagi ,kena buat takut terkencin atas benda halus...Tapi de al-kisah yang benar ( mak aku la citekan ) die kencin atas busut anai2 tu...pastu "anu" die bengkak cam belon...n meninggal beb..Gulppp!!
  • Kalau tak sengaja terpakai baju terbalik tandanye nak dapat duit...Ishh..kalau macam tu.. ari2 aku nk pakai baju terbalik. Tapi..tanpa disengajakan la..HUhu..
  • Jangan bagi penyapu kene kat kaki nanti sial..Erm..yang ni aku ikot jugak la..ye la, penyapu tu kan kotor..so klu kene kaki..kene la basuh.Hehe..Lagi 1, letak penyapu belakang pintu..tok elak orang pukau rumah tu. Yang tu aku penah la nampak umah kat umah mak cik aku, die letak penyapu kat belakang pintu...Tp..aku diam jek. lepas aku tutup pintu, aku letak balik penyapu tu...HUhu..
Erm..sebenarnye banyak lagi pantang larang dieorg ni..tak teringat la.Tapi, walau apa pun petua orang tua nih..kadang2 mane yang menakutkan tu aku ikot jugak la...huhu. Bukan pe..orang tua2 nih banyak pengalaman...pesan dieorg kadang2 nih benar dan mereka ade alasan dengan terciptanya petua2 ni...Hehe...Jangan di lupakan petua2 ni..semuanya warisan kita...(Anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi..air mata darah bercampur keringat..bumi di pijak milik org..Lalalala..)