Pages

Thursday, June 2, 2011

Nora Elena

Apa yang best cerita nih??? Kepada pembaca novel..mesti ada jiwa.Hehe..Citer ni adaptasi dr novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha. Aku baru lepas bace novel ni online..tp cerita tak abis pulak. Rase macam nk beli je novel ni.Ye la..dulu time2 sekolah 'kaki novel' jugak...al-maklumla..member2 rajin beli..so boleh tuka2. Lagi2 de 1 novel tu "Princess"..siap boleh menangis2 lagi bace nye.Ishh2...



So antara pelakon dalam Slot AKasia TV3 tu Aoran Aziz,Siti Saleha & Zul Ariffin. Mmg touching la tgk actor & actress nih. Mula la sampai ke alam fantasi gitu. Hehe ( Jiwang plak akak ni!!!)



Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea.