Pages

Monday, November 8, 2010

'Chicken pox'

Al - kisah..rupe2nye, masa kami ke i-city..irfan ni dah pun de kene symptom2 demam pelentong. Bahasa scientific nye 'chicken pox'. Coz, b4, seminggu sebelum..mmg die de demam/selsema & batuk. Tp..pas tu ok..so aku tak la aspect pe2 kan. Pastu dalam 3/4 hari tu..bile garu2 blkg die aku rase cam de bijik..n kat dahi die pun de 1 bintik merah (ala2, mcm kene gigit nyamuk je)...So, terdetik jugak kan kat lam ati ni..tp, abaikan je la dulu. And, mlm lepas balik dari dr i-city tu..die mcm lenguh2 kaki..sbb die tunjuk kaki die kat aku. Aku tgk tak de la luka pun..tp, aku pikir die letih berjalankan. Esoknye baru la keluar bintik ( mcm ade air kat dalam tu) kat ats mulut die. So..tak syak lagi la kan...balik mlm tu(ahad), terus la naik banyak kat badan die. Start la die meragam kan. Aku & ayah die pun bergilir2 la amik cuti.

Lepas je irfan da kene..aku search la kat google pasai chicken pox ni. So, antara info yg aku dpt dari laman web - : http://www.infosihat.gov.my

"Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox."

"Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa)."

Tanda & Gejala :

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beb
erapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

So, masa irfan demam tu..macam2 petua la yg aku dapat..antaranye :

1. Bagi minum air kelapa - supaya bintik2 tu cepat keluar
2. Mandikan dengan air daun bamboo ( aku rebus dulu daun tu ).Mandi tak payah sabun2..
3. Tempekkan air daun bamboo ( yg di blend) dengan bedak sejuk. tak pun bagi la pakai ubat klinik tu (losyen calamine.)
4. Letak daun bamboo kat bawah tilam die tido.( aku garukan dengan daun bamboo tu
jugak..Hehe)
5. Jangan menggoreng dalam umah..
6. Jangan marah2 budak yg kene demam pelentong nih .( Saba je byk2 -3 hari je aku
saba..huhu)
7. Yang paling penting - Jangan bagi kene hujan..

Ni la muke irfan yang penuh dengan 'chicken pox2'..Huhu..Lepas je baik demam..mcm2 pe'el die dapat

2 comments:

Cnidaria said...

cian irfan... cepat2 baik ye sayang..!

nadia said...

hehe...tggl parut ler. Tp..skrg nih klu setakat nk 'bergusti' da leh masuk gelanggang balik la..Huhu

Post a Comment